Mr.Purple.Here! ㋡
Welcome !
Hey ! Good days to you!


.WELCOME TO MY AWESOME BLOG.

Status : my blue blog !
Home About Exchange Stuff

Tagboard
Footprints here!




Lovely Follower
Follow me Follow u:)





Credits
Thxx !


Template by : Mr Purple
Picture from : We Heart It
Other : Google , Afiqah


Akhirnya Sampai Jua ★



Amir Hussain seorang yang bersifat tabah,taat kepada orang tua berani menerima cabaran dalam kehidupan .Dia tinggal bersama ibunya sejak bapanya meninggal dunia. Kampung Qalbu, disitulah terletak mereka menetap dan tempat untuk berteduh siang dan malam, disitulah kawasan perkampungan yang masyarakatnya berbilang kaum.
Pada pagi yang dingin , Amir ambil keputusan untuk pergi ke kebun untuk membantu ibunya disana. Dalam perjalanan, dia melihat keindahan suasana di kampung yang indah dan nyaman.Sesampai sahaja di kebun arwah bapanya, dia melihat ibunya sedang membuat batas.
Semasa ibu Amir hendak membuat batas ,tiba – tiba dia diserang penyakit jantung . Amir bergegas mencari ubat untuk ibunya dan menasihati ibunya berehat di pondok supaya ibunya tidak diserang lagi. Kesihatan ibunya sejak kebelakangan ini berada dalam tahap kritikal. Amir mengerjakan perkara yang tertangguh sebentar tadi. Selepas bekerja, dia dan ibunya akan pulang ke rumah.
Pada malamnya, Amir menyuruh ibunya berehat di bilik supaya ibunya dapat merehatkan badannya. Selepas itu, dia terus menonton televisyen dan dia menonton televisyen rancangan Buletin Utama. Sambil dia menonton tajuk utama pada rancangan tersebut adalah tajuk mengenai umrah.Dia pun tersentuh melihat jemaah haji sedang mengejerkan haji. “Alangkah ,indanya jika aku dan ibuku pergi ke tanah suci”bisik hati kecil Amir.
Pada keesokkannya ,selepas Amir mengambil wuduk , dia terus ke bilik ibu untuk bersembahyang . Sampai saja di bilik ,dia melihat ibunya sedang bersujud dan itu  bermakna ibunya sedang bersembahyang lalu dia kembali ke biliknya untuk menunaikan solat subuh.
Selesai saja menunaikan solat subuh ,dia segera ke bilik ibunya . Dia terkejut akan terlihat ibunya yang dari tadi bersujud..Lalu dia menegur ibunya tetapi tiada sebarang isyarat yang menandakan ibuya sedang sembahyang.Perlahan – lahan dia mengangkat ibunya dan meletakkan ibunya dia atas riba . Dia rasa nadi pada tangan ibunya dan dia terkejut apabila tiada denyutan nadi.Dia segera pergi ke rumah tok imam dan dia memanggil tok imam.
“Tok imam!Tok imam! Tolong saya.Ibu saya…. Ibu saya..” Amir tidak dapat berkata dan dia terus lari pulang ke rumah. Tok imam pun berasa hairan lalu dia mengikut jejak Amir.Sampai sahaja di rumah, tok imam pun menenangkan Amir dan memberitahu perkara yang sebenar lalu Amir pun bercerita dan dia segera pergi ke arah ibunya. Lalu tok imam berkata dengan nada yang sedih “Innalillahiwainnailaihirojiun”. Amir menangis dengan teresak – esak ,kini ibu kesayangannya telah meninggalkannya . Sekarang dia tinggal sebatang kara.
Dua tahun kemudian ,dia mendapat 12A+ dalam Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Amir berasa gembira. “Mesti ibubapaku gembira dengan keputusanku” bisik hati kecilnya. Sebuah motor posman berhenti dirumahnya dan memberi sepucuk surat.Amir membukanya “Bismillahirrahmanirrahim” ,dia membaca dengan teliti “ Tahniah! Anda telah di terima belajar di Universiti Malaya…” . Dia gembira tak terkata dalam hatinya berkata “Alhamdulillah” ,dia terus berlari ke kubur arwah ibubapanya “Ibu! Ayah! Amir diterima masuk Universiti”.
Sesampai sahaja di Kuala Lumpur, Amir berkelakuan seperti rusa masuk kampung.Tiba – tiba dia terserempak dengan rakan sekampungnya iaitu Danial. “Assalamualaikum ,awak Danial ke?” tanya Amir . “Ya saya , eh awak Amirkan?” , mulalah perbualan mereka. “Kenapa awak datang ke Kuala Lumpur?” tanya Danial kepada Amir .“Saya datang sini kerana saya telah diterima belajar di Universiti Malaya”. “Eh kebetulan saya pun belajar dekat situ, nanti malam nak tidur mana?” Tanya danial.“Saya tak pasti sebab saya tiada hala tuju.”Danial mencadang supaya Amir menetap dirumahnya .
Sampai saja dirumah Danial ,dia segera memberi salam. “Waalaikumussalam” seorang gadis kecil membuka pintu. “Ouh Danial, maklong dekat dapur masuklah .”pelawa Nad .Nad adalah saudara Danial belah mak. “Nad kenal dia tak?” tanya Danial.“ Ermm jap ..awak Amirkan?” teka Nad. Amir memberi senyuman kepada Nad. Danial menjemput Amir duduk dahulu ,sementara dia memanggil ibunya di dapur.
Pada malamnya ,ibu Danial menyuruh anaknya memanggil Amir supaya makan malam bersama mereka . “Amir jom makan malam sama – sama” kata Danial. “Erm ..okey jom” balas Amir.Selesai saja makan malam Amir ambil keputusan masuk ke biliknya untuk menunaikan solat fardhu isyak .Selesai saja solat, Danial mengajak amir berborak bersama keluarganya di ruang tamu.
Pada keesokkanya,Danial menemani Amir mendaftarkan diri di Universiti . “Okeylah saya dah lambat ni ,nanti kalau ada apa-apahal call me okey.”ujar Danial. “Okey lagi pun semua dah selesai,terima kasih” balas Amir .Selesai saja kuliah, Amir menunggu Danial kerana mereka telah berjanji supaya pulang bersama–sama. Semasa perjalanan ke kereta,Nad terserempak dengan Amir.Nad menegur “Assalamualaikum, tunggu Danial eh?” , Amir menjawab salam “Waalaikumussalam, ya saya menunggu Amir.” “Ouh ,saya rasa kuliah dia habis lagi 30 minit, apa kata saya ajak minum dekat kafeteria” pelawa Nad. “Erm ,boleh jugak” jawab Amir.
30 minit kemudian ,Danial mencari kelibat Amir “Mana amir? Tak ada pun,takkan dia dah balik”bisik hati kecil Danial . Danial menelefon Amir “Assalamualaikum , Amir dekat mana?” “Waalaikumussalam, saya dekat cafeteria, awak dah habis kelas ke ?saya datang sana” jawab Amir. Tidak mengapalah,awak tunggu situ saya datang sana” , Danial segera ke kafeteria. Amir lambai tangan supaya Danial nampak kelibatnya. Danial perasan ada seseorang melambai tangan. “Ha itu pun dia , eh siapa sebelah Amir? Cepatnya dia dapat kawan” bisik hati Danial .Sampai saja disana baru dia tahu yang sebelah Amir adalah saudaranya  sendiri iaitu Nad lalu mereka bersembang.
Setelah beberapa tahun kemudian, Amir mengira duit yang  dikumpul olehnya,“erm .. tak cukup ni ..aku mesti cari kerja ?”kata hati Amir. Kebetulan  Danial lalu di depan bilik Amir “Apa Amir buat, Amir nak cari kerja buat apa ?” dia menekap telinganya di pintu. Baru dia teringat yang Amir berhasrat untuk pergi ke tanah suci. Danial segera menelefon Nad . “Assalamualaikum , Nad esok free tak ?”Tanya Danial. “Hmmm… saya rasa esok ada kuliah tetapi sepas kuliah syafree, kenapa?” jawab Nad. “ Esok jumpa dekat kafeteria, okey” Tanya Danial . “okey !”
Selesai saja kuliah , Nad terus ke kafeteria yang telah dijanjikan semalam. ”Assalamualaikum , ada apa nak jumpani?” Tanya Nad kepada Danial . “Erm , semalam saya lalu depan bilik Amir.” jawab Danial . “Lepas itu kenapa nak jumpa Nad ni?”Nad pun hairan. “Danial dengar yang dia nak cari kerja ,  Danial baru teringat yang Amir  pernah cakap dengan Danial yang dia berhasrat hendak ketanah suci bersama arwah ibunya sebelum ibunya meninggal dunia” jawab Danial dengan tenang . “Lepas itu?” Nadpelik apa yang dikatakan oleh Danial. “Lepas tu , apa kata  kita capaikan hajat dia tu?” cadang Danial. “Betul juga ..maybefamily Nad boleh tolong” ujar Nad. “Kita bagitahu hal ni semasa hari lahir dia”.
   Pada hari berikutnya , Amir berasa pelik “kenapa semua berkelakuan pelik” bisik hati kecilnya. Sampai saja di university , Amir memanggil Nad  tetapi Nad tidak menoleh dia langsung dan terus jalan meninggalkannya. “ Aku ada buat salah ke? Kenapa semua lari dari aku?” bisik hati kecil Amir. Sampai saja dirumah , Amir memberi salam. Tiada siapa yang menyahut salamnya.
   Tiba –tiba di terdengar jeritan budak perempuan .dia segera ke dapur. “Pop!” “Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Amir Hussain , Allah selamatkan kamu” semua orang menyanyi lagu selamat hari lahir bersama – sama untuk Amir. Danial memeluk Amir dengan erat dan dia berkata “Sahabat sejatiku , Selamat hari lahir,ini hadiah dari kami semua” kata Danial. Amir berasa gembira sehingga air matanya jatuh. Dia membuka sampul surat yang di bagi oleh Danial tadi. “Bismillahirrahmanirrahim” Amir membukanya dengan berhati hati .“Tahniah! Anda telah diterima sebagai jemaah haji  bagi tahun ini.”Amir mengucap “Alhamdulillah ,akhirnya tapi bila masa saya mohon.” Tanya Amir dengan pelik. “Itu rancangan Danial untuk sahabat sejatinya,” jawab Nad.
  “Labbaik Allah Humma Labbaik …” suara jemaah haji di tanah suci Mekah . Amir berasa gembira. “ Akhirnya sampai jua ke tanah suci mekah ini” bisik hati kecil Amir.

TAMAT