Mr.Purple.Here! ㋡
Welcome !
Hey ! Good days to you!


.WELCOME TO MY AWESOME BLOG.

Status : my blue blog !
Home About Exchange Stuff

Tagboard
Footprints here!




Lovely Follower
Follow me Follow u:)





Credits
Thxx !


Template by : Mr Purple
Picture from : We Heart It
Other : Google , Afiqah


Pokok ★


Pagi yang indah , udara yang segar , burung – burung berkicau dengan gembira . Angin meniup badanku dengan sepoi . Aku menantikan kedatangan seorang anak kecil . Apabila ia tiba , aku bertanya “hendakkah kamu  bermain buaianku?” . Kanak – kanak itu pun setuju dengan cadangan ku. Anak kecil itu keriangan dan aku rasa sangat gembira.
   Pada keesokkannya , aku menanti kedatangan anak kecil itu . Aku menunggu dan menunggu , aku tidak nampak sebatang hidung anak kecil itu . Aku mula resah . Hari semakin hari umurku meningkat.
    Tiga tahun kemudian , seorang pemuda datang menghampiriku . Aku berasa gembira tetapi air  muka pemuda itu gelisah . Dia minda ku asyik berfikir “adakah dia menimpa masalah” .  Lalu aku bertanya “ kamu ada masalahkah , sahabatku?” . Pemuda itu menjawab “sekarang aku sudah besar aku memerlukan wang untuk membeli PSP tetapi aku tidak mempunyai wang “. Aku mencadang kepada pemuda itu supaya petik semua buah yang ada dipohon ku untuk dijual , dengan duit itu dia dapat menyelesaikan masalahnya . Pemuda itu bersetuju. Tidak melenggahkan masa pemuda itu memetik buah dengan segera.Air mukanya berubah dari gelisah ke gembira .
Bertahun – tahun kemudian  , seorang pemuda dengan membawa sebilah kapak menghampiriku , pemuda itu bermasam muka dan aku bertanya “apa masalah kamu? “ . Pemuda itu pun menjawab “sekarang aku mempunyai keluarga sendiri tetapi aku memerlukan kayu untuk membina  rumah”. “Aku akan menolong mu , kamu ambillah dahan – dahanku dan bina sebuah rumah untuk keluarga mu”.
  Usiaku semakin meningkat , seorang lelaki datang menghampiriku . Aku bertanya “kamu memerlukan sesuatu?” . “Saya memerlukan batang pokok untuk membuat sebuah sampan”. “kamu ambillah batang pokokku”. Lelaki itu menebang batangku .
Aku semakin tua , seorang pakcik tua ,berjalan terbongkok – bongkok , tercungap – cungap menghampiri ku . “Maaf saya tiada apa –apa hanya tinggal pokok tunggal sahaja” . “Tak mengapa saya hanya menumpang rehat”. Pokok itu berkata lagi “ maaf saya tidak dapat melindungi pakcik lagi, kerana pakcik telah mengambil semua bahagianku”. Pakcik tua itu menyesal dengan perbuatannya . Dia telah menebang pokok iaitu tempat dia bermain dari kecil lagi . “Maafkan saya selama ini saya telah pentingkan diri sendiri” . “Tidak mengapa , perkara yang lepas tidak perlu diungkit lagi” .